Saturday, November 27, 2010

SYAITAN MENGEJUTKAN MUSUHNYA UNTUK SOLAT..

Satu hari,akibat keletihan y amat sgt Syeikh Abdul Qadir al-Jalani hampir t'lewat bangun tido walaupun waktu suboh makin hampir. melihat keadaan itu, syaitan telah m'yamar m'jadi seekor kucing lalu mengigit ibu jari kaki syeikh Qadir ,lalu terbangun beliau.Mujur waktu subuh baru saja masuk.Dalam pandangan Syeikh Qadir dpt melihat syaitan berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejotkan aku untuk solat suboh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat??
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun suboh,"jawab syaitan
kehairanan. syeikh lalu bertanya, "kenapa??"
syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut orang yang takut pada Allah.
"Aku takut jika kau terlewat untuk solat suboh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan2 yang lain yang lebih banyak dan lebih serius", kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi,
"kau akan bersedekah.kau akan membantu orang lain.
kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menapung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan2 pula akan bertambah susah. kerja kami akan bertambah banyak dan lebih sukar. Jadi,lebih baik kamu bersolat subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan2 baikmu itu nanti!"

PENGAJARAN:
Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan mannusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

KENALI SHEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI WALI ALLAH
Kelahirannya
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang 'alim di Baghdad yang lahir pada tahun 490/471 H di kota Jailan atau disebut juga Kailan. Sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliy. 

Pendidikannya
Pada usia yang masih muda beliau telah merantau ke Baghdad dan meninggalkan tanah kelahirannya. Di sana beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra' dan juga Abu Sa'ad Al Mukharrimi sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama.

Pemahamannya
Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau. Beliau adalah seorang alim yang beraqidah ahlus sunnah mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, "thariqah" yang berbeda dengan jalan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, para sahabatnya dan lainnya.
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, "Dia (Allah) di arah atas, berada di atas 'ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. "Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, "Sepantasnya menetapkan sifat istiwa' (Allah berada di atas 'ArsyNya) tanpa takwil (menyimpangkan kepada makna lain). Dan hal itu merupakan istiwa' dzat Allah di atas 'Arsy.

Dakwahnya
Suatu ketika Abu Sa'ad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil di sebuah daerah yang bernama Babul Azaj dan pengelolaannya diserahkan sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim di sana sambil memeberikan nasehat kepada orang-orang yang ada di sana, sampai beliau meninggal dunia di daerah tersebut.
Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasihat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah ini tidak kuat menampungnya. Maka diadakan perluasan.
Imam Adz Dzahabi dalam menyebutkan biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A'lamin Nubala, menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, "Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat."
Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.

Wafatnya
Beliau Wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabi'ul Akhir tahun 561 H di daerah Babul Azaj.

No comments:

Post a Comment